2.7KM tambang teksi RM40 ringgit? Seriously?

March 7, 2017

Assalamualaikum Sapporo Japan.... 

 

Terkejut kan bila dengar harga teksi dia? yes betul, memang mahal. itulah hakikatnya. Mungkin duit Malaysia tgh jatuh teruk. Ok, berbalik dengan cerita perjalanan ke Sapporo. Kitorang gerak ke sapporo seramai 5 orang. Indah Ruhaila, make up artis dan crew CST 3 orang. Flight Airasia mengambil masa selama 7 jam lebih untuk sampai ke Sapporo. Setibanya di Sapporo, perkara pertama yang kitorang buat ialah dapatkan local sim card utk kegunaan internet disana. Biasalah Jepun, semua nak guna mesin automatic. Beli satu simcard utk 1.2gb berharga 3500YEN.

 

Kereta sewa?

Kitorang terus turun dari kawasan ketibaan menuju ke kawasan utk mengambil kereta. Setiba di kaunter, dengan penuh yakin memberikan passpord dan lesen memandu Malaysia. Tiba-tiba dia mintak lesen memandu international. Terkejut la kitorang, sebab pergi NZ, Europe, Iceland semua guna lesen memandu malaysia yang sama jer, sekali dekat Jepun tak boleh pakai. So kitorang stuck. Tak dapat sewa kereta utk kegunaan di Sapporo. Apa nak buat, tak kan nak kemana-mana menggunakan train/teksi. Memang mahal dan susah nak bergerak dengan peralatan shooting lagi. Seriously tak google pulak tentang lesen di Jepun ni. MATILANOK...

 

 

 

 

 

Lepak dekat Airport cari jalan.

Setelah duduk sambil makan sushi dan minum green tea diorang, tetiba dapat idea. Terus aku check flight ticket dari KL ke Sapporo untuk fly malam ni dan touch down esok pagi. Sekali ticket murah, so aku call Muzafar aka EPA "Epa, ko pergi UTC, ambik lesen memandu international dan malam terus fly ke sapporo" terkejut la mamat tu. Siap isteri dia tanya "Betul ke abg nak ke Japan ni, last min sangat ni" hahahaha..

 

Alhamdulillah, Epa dapat touch down keesokan harinya dan dapat menyewa kereta Toyota Wish. Yeay.. jimat duit. Ketibaan kitorang disambung dengan Snow yang sedang lebat mencurahi bumi... alhamdulillah, pertama kali dapat tengok snow turun. Apa-apa pun perjalanan kali ini utk menyempurnakan MV Indah Ruhaila. Segala berjalan lancar sehinggalah di penghujung. Bekerja dengan Indah memang indah dan kalau lebih lagi 3 hari tinggal kat sana boleh jadi giler. Ikut perangai giler2 si Indah ni. 

 *screen grab dari RED camera

 

Hari pertama shooting di depan rumah jer, ketika itu tengah snowing yang sangat lebat. Apa lagi, masuk rumah, bagi masa dekat Nadia (Make up artis) utk siapkan Indah 15min jer. sebab takut nak malam dah. 

 

 

 

 

Hari kedua shooting, kitorang bergerak ke satu taman yang sangat cantik (Nakajima Park) putih dan penuh dengan snow. Sepanjang trip ni rasa mcm perak, jakun, dan mcm2 ada. Sambil-sambil berdoa, turunlah wahai snow lagi....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Selama lebih kurang 6 hari kami berada di Sapporo. Balik tak sabar nak edit semua footage2 yang menarik. Kita jumpa lagi SAPPORO JAPAN...

 

 

ROSLI MOHAMED

CST PRODUCTION

Share on Facebook
Share on Twitter