Nasi goreng Iceland?

February 10, 2017

 "Nasi goreng Iceland kurang pedas satu ya" 

 

Tiba-tiba terfikir nak balik kl bukak kedai makan nak namakan masakan Nasi Goreng Iceland. Ramuan dia belum difikirkan lagi. Sebab apa? mungkin sebab tak der orang buat lagi kot. Hahaha.. alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-3 kitorang berada di Iceland ini bagi tujuan pengambaran...

 

 

 Perjalanan dari Kuala Lumpur 12 jam mendarat di Amsterdamn sebelum meneruskan 3jam lagi untuk ke Iceland. Kali pertama jejak kaki ke negara ini. Sepanjang persiapan lagi semua dah tak sabar nak tiru aksi diwale dalam video masing2. Dalam kapal terbang masing2 bercerita pelbagai plan yang nak buat. Touch down jer di Keflavik (airport di Iceland), suhu dah mencecah 1 degree, kebetulan pulak time tu angin dia macam ribut, mmg masing2 beku jap kepala. semua menyorok mencari kepanasan. Baru korang tahu ini lah Iceland. Keadaan weather yang sangat tak menentu. 

 

 

 

 

 Di antara tempat-tempat yang telah berjaya kami pergi ialah Air Terjun Skogafoss dan Solheimasandur. Semuanya memang tempat utk bercinta dengan gambar. Faham kan maksud saya. No wonder la ramai giler photographer yang datang sini. Ramai juga yang PM kitorang, senang ke nak masuk ke Iceland? Bagi saya antara Iceland dengan New Zealand, sini lagi mudah dan senang utk masuk. Senang dari segi nak bawak equipment, barang makanan dan lain2. Tapi, susahnya sikit bila nak driving. Left hand drive. Mula-mula memang rasa janggal duduk sebelah kanan tapi stearing sebelah kiri. Salah masuk lorong tu perkara biasa, tapi jangan biasakan. Hahaha.. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Trip kali ini syukur dapat membawa 6 orang #cstfamily. Bila lagi nak merasa berjalan sambil bekerja. Perjalanan baru separuh, masih ada 4 hari lagi utk menghabiskan tugasan disini. Semoga semua dapat berjalan dengan lancar. Sentiasa berhati2 berada di negara orang untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini. Amin...

 

Rosli Mohamed

CST PRODUCTION SDN BHD

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Shireen x Idzmil {BALI}

August 30, 2016

1/3
Please reload

Recent Posts

February 8, 2018

February 7, 2018

February 5, 2018

Please reload

Search By Tags