Kijang tua yang masih mahu masuk kelas larian belajar berlari sampai mati..

January 27, 2017

 

Sony a99, bermulalah sistem baru, kamera baru dan belajar lah cara budak baru. bermulanya dengan Nikon d90, bertukar kepada Canon 550D, 5D dan 5D mark ii. Kini era Sony. Equipment ni bukannya isteri yang tidak boleh ditukar ganti, ia sekadar kelengkapan utk kegunaan kerja-kerja seharian. 

 

Apabila di bawa masuk ke Sony oleh Mr Chin, Studio Zaloon, kamera yang diperkenalkan ialah Sony a99 ketika itu. Berasa kekok dengan sistem baru. Tetapi lama kelamaan dan menjadi kebiasaan. Pejam mata pun dan tahu button dekat mana.

 

 

 

Kalau nak bercerita tentang kamera, memang tak akan pernah habis, A7ii, A7rii, A7sii dan sekarang muncul yang baru A6500. Tetapi, gadget nak equipment baru mmg tak pernah lari dari dalam diri seorang photographer/videographer. 

 

 Baru-baru ini Sony Malaysia telah mengadakan satu majlis perlancaran kamera terbaru mereka iaitu RX100v, A6500 dan A99ii. Saya telah diberi peluang untuk menggunakan kamera a6500 ini ketika projek di Innsbruck bersama Dato Nadia Marni. Apa yang hebatnya kamera ini? dah la bukan full frame pun. APSC jer sensor dia. 

 

Perkara pertama yang saya suka bila dapat menggunakan kamera ini ialah "5 Axis stabilization". Ye betul, saya pengguna a6300 sebelum ini yang sukar bagi saya untuk mendapatkan image yang stable ketika penggunaan 'handheld" terutamanya apabila penggunaan lens 50mm keatas. Features ini sangat2 saya perlukan ketika pengambaran yang memerlukan 'handheld' shooting. travel dan sebarang majlis. 

 

 

 

APSC? 

Mungkin ramai yang bertanya apakah bagusnya kamera APSC format ini jika hendak dibandingkan dengan Fullframe? Baik beli a7 terus. lebih kurang jer harga. 

 

Jawapan saya:

Ini adalah pengalaman saya sendiri. bermula dengan sebagai seorang photographer, saya telah terbiasa dengan keindahan, kecantikan, kebokehkan gambar2/video2 yang terhasil dari sebuah kamera yang bersensor FULL FRAME. Memang tidak dinafikan lagi image portrait dari kamera full frame lebih cantik dan bokeh jikalau hendak dibandingkan dengan crop sensor. Sehinggalah saya menggunakan kamera yang sensornya berformat SUPER 35 (Sony fs700, Sony FS5 dan FS7). Saya sukar untuk membiasakan diri dengan kamera2 yang lebih professional utk video ini. Saya hilang nikmat bokeh, saya hilang nikmat Full Frame. Dan jikalau kita kaji dan lihat, Kesemua professional video camera tidak ada satupun pun berformat fullframe. Tiada di pasaran. RED? ARRI? semua itu super 35. Oleh itu, rumusan yang dapat saya buat kenapa anda tidak perlu risau dan endahkan ttg APSC ini adalah, ianya satu permulaan yang baik untuk anda terus menceburkan diri dalam bidang ini secara professional. Anda telah membiasakan diri dengan penggunaan Super 35 sensor. TAHNIAH!!

 

 

 

 

Oleh itu, baru-baru ini saya dan team CST sendiri telah membuktikan bahawa kamera yang bersaiz APSC format ini mampu menghasilkan sebuah video 4K yang sangat cantik di majlis Mia Ahmad & Izham Tarmizi. 100% shoot menggunakan Sony a6500 (Kecuali drone shot).

 

 

 

 

Rosli Mohamed

CST PRODUCTION

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Shireen x Idzmil {BALI}

August 30, 2016

1/3
Please reload

Recent Posts

February 8, 2018

February 7, 2018

February 5, 2018

Please reload

Search By Tags